Kita semua ada hidup yang berbeza. Ada yang lahir lahir, sedar sedar kena bangun keluar kutip hasil untuk mengisi perut yang kosong. membesar dengan suasana yang bukan di pinta. siapa mahu hidup susah? Ada yang lahir lahir, sedar sedar semuanya sudah tersedia di depan mata. tapi lain pula ceritanya. No, not talking about standard. but just how Allah put us in. Pada akhirnya, yang penting, is how we live our life. kayanya bapa kita, tak semestinya kaya kita. cerita dia, cerita dia. cerita kita, cerita kita. cuma mereka ialah watak yang mendokong drama hidup kita. adanya duit, tak bermaksud adanya segalanya. manusia itu tidak sempurna. tapi Allah cipta kita, sebaik baik kejadian. bahagianya seseorang itu, mungkin kerana terlalu banyak dia menderita. dermawannya seseorang itu, mungkin kerana dia tahu apa erti kesusahan. matangnya seseorang itu, mungkin kerana dia terlalu banyak masalah. berdikarinya seseorang itu, mungkin kerana dia penat berharap pada orang lain. setianya seseorang itu, mungkin kerana dia sudah rasa peritnya perpisahan. macam mana bagus sekali pun seseorang itu, is from what they gained. after all hardships. we lose, we gain. kadang kita terlalu fokus apa yang kita nak. sampai sikit saja yang tak kena, habis semuanya jadi tak kena. kadang kebahagiaan tu kita letak pada sesuatu, hilang sesuatu itu, hilanglah kebahagiaan itu. kadang kita berharap pada manusia. kita buat silap yang sama. perkara yang bodoh berulang kali. what ever that make us look pathetic, alhamdulillah. kerana pada akhirnya, mungkin dalam pada kita menyesal, kita bersyukur. bersyukur sebab kt pernah jd sebodoh itu. setidak waras itu. kerana pada akhirnya, itulah liku liku yang melengkap kan perjalanan kita. untuk tiba ke sesuatu destinasi itu bukan mudah. banyak yang perlu dikorbankan. makin besar, makin banyak yang kita korbankan untuk orang lain. betullah apa yang aku belajar selama ni, untuk kita bahagia, bahagiakan orang lain dulu. untuk kita berjaya, bantu orang lain dahulu. untuk kita disayangi, sayang orang lain dahulu. bila kau rasa takde peluang untuk kau, kau dah tak nampak ke mana kau bawa diri kau, kau rasa ridiculousnya apa yang kau buat, percaya lah; masa itu lah peluang ada di depan mata kau. you are one step closer to what you want. kau cuma perlu percaya. percaya yang suatu masa, ia akan terjadi. biarpun ianya mustahil. sabar lebih daripada had kau. sebab sabar itu indah. ya, sabar itu indah. walau sakit mana sekali pun kau rasa, jangan sakiti orang lain. sebab tu akan membuatkan kau lebih sakit. lebih baik diam dan sabar. banyak sgt benda yang terjadi sampai buatkan aku fikir yang siapalah manusia untuk menghukum. sebab itu tugas Allah. sabar dan percaya, pegang kuat kuat. sebab apa lagi yang kau boleh buat? selain kau boleh percaya yang mengawal hidup kau tu, Allah Yang Maha Esa. cantiknya kehidupan kita ni, sebab kita tidak tahu masa depan kita. kita dah rasa bahagia itu macam mana, tapi kita sentiasa akan rasa lebih bahagia. kita dah rasa jatuh tu mcm mana, tapi kita masih akan jatuh lagi. semuanya kita dah rasa, dan kita masih akan rasa lagi. dan pada akhirnya? kita akan bersyukur sebab semua tu terjadi. bersyukur lah dengan apa yang kita ada. lain orang, lain ceritanya. banyak orang yang baik dalam dunia ni, hakikatnya semua orang bermula dengan kosong. how they are reacting now? is just a process of learning and growing. kalau orang lihat kita, biarlah mereka lihat kebaikan. sebab perkara yang paling menyedihkan ialah, apabila kau jadi orang yang mengecewakan. spread goodness, and greatness is yours :) maafkan salah silap aku, manusia biasa yang banyak buat silap.